
Kantoi
Malu Saja!! Perbuatan Terkutuk Antara Awie Dan Anaknya Terbongkar!
Maluunya. Sampai Hati Dia Buat Anak Dia Macam Ni! Tak Malu Ke Sebagai
Seorang Bapa Tapi Buat Macam ni? Tak Pelik Kalau Rumah Tangga Huru Hara
Menjawab
dengan jujur pertanyaan peguam dalam perbicaraan tuntutan nafkah di
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, penyanyi dan
pelakon, Awie mengakui bahawa dia tidak pernah memberi wang untuk
perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana
Misbun.
Bagaimanapun,
menurut Awie, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri
anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu. Ditanya peguam adakah
Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan
Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal
Rozana dan anak-anaknya.
Jelasnya,
Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak
‘syaitan’ maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak. Selain itu,
Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana
keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah
tiada langsung kebaikan dalam dirinya