PELAKON dan pengacara cantik, Mira Filzah mengakui bahawa dia dan aktor, Zizan Razak masih berkawan rapat.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, hubungan mereka masih baik dan tidak timbul sebarang perselisihan besar.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, hubungan mereka masih baik dan tidak timbul sebarang perselisihan besar.
Katanya, cuma mereka jarang berjumpa dek kerana masing-masing sibuk dengan karier seni.
“Siapa
kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa. Cuma
buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu,” kata Mira
dipetik Harian Metro.
Dalam
pada itu, Mira yang diminta mengulas lanjut mengenai hubungan mereka
yang akan ke fasa seterusnya berkata, dia tidak akan merahsiakan perkara
baik itu daripada peminat.
“Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti,” ujar Mira ringkas.
Sementara
itu, ditanya pula mengenai apakah hadiah yang diterima daripada Zizan
sempena ulang tahunnya pada 2 April lalu, Mira menjelaskan dia lebih
selesa untuk merahsiakan tentang hal itu. – MYNEWSHUB.CC
