“Tu tapir jantan, kalau kena ‘sengat’ baru tau erti penyesalan” – Netizen
Seorang
gadis dikecam di Facebook kerana memuat naik satu gambar menunjukkan
dia berbaring di sisi seekor tapir jantan sambil memegang perut tapir
itu. Gadis yang menggunakan nama Hazreen Syafiela itu bagaimanapun tidak
menyangka ia akan menimbulkan kemarahan ramai.

Gambar
Hazreen berbaring di sisi tapir tersebut telah menjadi viral di
Facebook dan Twitter di samping menjadi bahan lawak dan ‘troll’.
Hazreen bagaimanapun merasa kesal dengan kemarahan orang ramai terutamanya di Facebook kerana dia tidak berniat memegang ‘anu’ tapir tersebut seperti tanggapan mereka. Hazreen menulis di akaun Facebook miliknya:
Marah
betul korang dengan gambar aku. Ni antara yang sempat screenshot.
Gambar tu viral pun aku terkedu. Tak terpikir pun sampai viral, haih.
Anyway,
sedikit sebanyak, let me explain you this. Gambar tu bukanlah niat nak
pegang anu tapir tu pun, cumanya tapir ni kena gosok-gosok laa perut dia
area situ baru dia boleh feeling baring-baring.
