
Akhirnya Intan Dedah Punca Sebenar Beliau Bercerai Dengan Ude..Tak Sangka Izreen Buat Macam tu..
Sebak
mendengar luahan Intan Liana apabila beliau memberitahu dirinya
bukanlah wanita terbaik untuk suami, Ude Wahid dan gembira untuknya
kerana sudah berjumpa wanita yang lebih baik sekarang.
“Saya
bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik
untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang. Orang
selalu cakap, dalam tempoh lima tahun memang banyak dugaan dalam
perkahwinan”
Sepatutnya
menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini, sambutan kali ini perit
untuk Intan ingati apalagi hubungannya dengan suami sudah berakhir.
Menerusi Instagram story, Intan meluahkan kesedihan yang ditanggung.
Manakala
kongsi Intan lagi, hak penjagaan anak tidak dituntut di mahkamah kerana
hasil perbincangannya dengan bekas suami, ianya bergantung atas budi
bicara sendiri. Bagaimanapun kes penceraian akan disebut semula pada 22
Mac.
“Jelas
sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui. Berkaitan
penjagaan anak, hal itu adalah atas perbincangan kami bersama. Ia tak
dituntut di mahkamah. Semuanya atas budi bicara saya dan dirinya”
“Ikutkan,
saya tak tahu lagi apa kesudahannya kerana kes perceraian ini akan
disebut semula pada 22 Mac,” jelasnya kepada Berita Harian Online
mengenai kes penceraiannya yang akan disebut semula